Saturday, November 21, 2009

JEMPUTAN KENDURI PERKAHWINAN _ SDR. NIK MOHD SUHAIMI

Salam sejahtera ,
Saya menerima wakil daripada Sdr Nik Mohd Suhaimi (SWAL NMS ) untuk menjemput dan mempersilakan semua rakan2 radio daerah Baling seisi keluarga bagi menghadiri dan memeriahkan majlis perkahwinan beliau yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 29-11-2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430 H
Hari : Ahad
Masa : Bermula jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang
Tempat : No. 11, Jalan Perwira, Taman Wira, Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.

Besarlah harapan agar rakan2 dapat meluangkan masa menghadiri majlis ini. Semoga kehadiran rakan2 akam memriahkan lagi majlis ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 012-572 0689 dan 013-665 0388

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB

Saturday, November 14, 2009

PENGENALAN RADIO AMATUR DI SK PENGHULU ABU BAKAR, BONGOR

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) telah diminta oleh pihak pengurusan Sek. Keb. Penghulu Abu Bakar, Bongor, Baling untuk membantu menjayakan satu acara sempena perkhemahan perdana murid sekolah berkenaan. KARIB telah diminta memperkenalkan radio amatur kepada para murid, guru-guru dan masyarakat setempat di kawasan berkenaan. Acara tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 12-11-2009
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Sek. Keb. Penghulu Abu Bakar, Baling, Kedah.

Oleh yang demikian, dipohon kerjasama semua rakan2 KARIB dapat membantu menjayakan acara berkenaan. Rakan2 dari lokalan luar juga dijemput hadir meraikan majlis . Mohon juga kerjasama rakan2 yang boleh memancar ke local palong untuk standy di frekuensi dan QSO bersama dengan murid sekolah berkenaan.

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB

Sunday, November 1, 2009

PENDEDAHAN RADIO AMATUR MURID SK SYED SHEH, KUPANG

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) telah diminta oleh pihak pengurusan Sek. Keb. Syed Sheikh, Kupang untuk membantu menjayakan satu acara sempena perkhemahan murid sekolah berkenaan. KARIB telah diminta memperkenalkan radio amatur kepada para murid, guru-guru dan masyarakat setempat di kawasan berkenaan.

Acara tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 04-10-2009
Hari : Rabu malam Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Sek. Keb. Syed Sheh, Kupang , Baling, Kedah.

Oleh yang demikian, dipohon kerjasama semua rakan2 KARIB dapat membantu menjayakan acara berkenaan. Rakan2 dari lokalan luar juga dijemput hadir meraikan majlis . Mohon juga kerjasama rakan2 yang boleh memancar ke local palong untuk standy di frekuensi dan QSO bersama dengan murid sekolah berkenaan.

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB