Tuesday, March 23, 2010

Erti sebuah keinsafan ......

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya Amin, setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Amin hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kerana masih datang lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintip Amin di rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak Amin sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang budak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah, baju dan kasutnya diserahkan pula kepada Amin yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk Amin, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Mudah mudahan cerita ini memberi kesan di hati mereka yang mahu berfikir !

Monday, March 8, 2010

Bengkel pembikinan antena

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) akan menganjurkan bengkel pembikinan antena seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 20 Mac 2010
Hari : Sabtu mlm Ahad
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan UMNO Kuala Ketil.

Sehubungan dengan itu, ahli ahli kelab dijemput mengikuti bengkel berkenaan. Sedikit bayaran akan dikenakan untuk kos barangan dan peralatan. Sila hubungi 9W2HZT, Hamzah di talian 019-412 1424 untuk maklumat lanjut. Kerjasama dan tindakan ahli-ahli didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman.
Setiausaha KARIB

Eyeball bulanan ( Mac 2010 )

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) akan mengadakan majlis eyeball bulanan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 12 Mac 2010
Hari : Jumaat mlm Sabtu
Masa : 8.30 malam
Tempat : Restoran Kerusi Kuning, Simpang Tiga Jerai.

Sehubungan dengan itu, semua ahli kelab dijemput hadir ke majlis berkenaan. Rakan-rakan lain yang ingin turut serta ke majlis berkenaan sangat dialu-alukan . Kerjasama dan tindakan ahli-ahli didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman.
Setiausaha KARIB