Sunday, April 10, 2011

TENTATIF PROGRAM HARI KELUARGA KARIB 2011



Peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2011

Dimaklumkan bahawa notis telah dikeluarkan oleh SKMM berkenaan RAE permohonan mendudukinya. Tarikh peperiksaan : 15 jun 2011 ( 2.00 petang ) Tarikh tutup permohonan : 29 April 2011 ( 5.00 petang ) Oleh yang demikian, kepada rakan2 yang berminat, sila ambil tindakan segera. ( Klik untuk notis ). ( Klik untuk borang permohonan ). Sekian, untuk makluman.

Saturday, April 9, 2011

HARI KELUARGA 2011

Adalah dimaklumkan bahawa KARIB akan menganjurkan HARI KELUARGA KE 3 TAHUN 2011 seperti ketetapan berikut : Tarikh : 29 hingga 30 April 2011. Tempat : Peranginan Lata Mengkuang, Sik, Kedah Yuran : RM 10.00 individu, RM 15.00 berkeluarga. Sehubungan dengan itu, dijemput semua ahli kelab, rakan taulan jauh dan dekat, semua warga radio amatur di mana jua berada untuk hadir memeriahkan majlis berkenaan. Sebarang kemusykilan dan maklumat lanjut, hubungi ketua projek 9W2PLY di talian 019-4765828, atau 9W2BLG di talian 019-5155456 atau 9W2HZT di talian 019-4121424. Sekian, untuk makluman.