Sunday, September 13, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK2 YATIM BALING

Salam sejahtera ,

Satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Teluk Teduri, Baling akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 10-09-2009
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : Bermula jam 6.00 ptg
Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Teluk Teduri, Baling

Sehubungan dengan itu, jika ada mana-mana pihak yang berhajat memberi sumbangan untuk majlis jamuan berbuka tersebut bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi ( 9W2HZT, Cg Hamzah 019-4121424 ), ( 9W2GKL, Gee 013- 4675181 ), ( 9W2CSP, Cipon 019-4545848 ), ( 9W2RJY, Yunus 019-65659922 dan ( SWAL Johari Hamid 019-5701080).
Semoga sumbangan dan jasa bakti anda mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah swt.

Saya bagi pihak kelab dengan ini menjemput rakan2 yang berkelapangan untuk hadir meraikan majlis berbuka tersebut.

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB


AL-KISAH DI HARI KEJADIAN (10 SEPT 2009 )
4.20 petang
Sudah ada rakan yang tiba di rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin (Rumah Aman) , Teluk Teduri, Baling . Antara yang tiba awal, 9W2BLG Afzal Naem bersama SWAL Hafizul, SWAL Hafiz dan 9W2HME Hilmi. Rupa-rupanya mereka dapat tugasan tambahan. Hilmi dengan bermurah hati menderma 3 tan batu jalan untuk segera di buat tapak parking bagi memudahkan rakan-rakan parking keta bila bermulanya acara. Sayangnya jentera back hoe tak dapat digunakan, maka rakan-rakan berempat inilah yang jadi " back hoe ". Rupanya masa penulis sampai sekitar jam 5.15 ptg, kerja2 meratakan batu belum selesai. Berbekalkan 3 batang cangkul dan 2 paddle skop akhirnya siap juga...... jam 6.25 ptg

7.00 petang
Sudah ramai rakan yang tiba. Dimulai dengan tahlil oleh 9W2GNY Uz. Ghani. Kemudian berbuka puasa.

8.15 mlm
Acara di dewan bermula. Ucapan daripada wakil2 lokalan ( Sik, Sungai Petani, Pulau Pinang, Kulim, Baling ). Diikuti ucapan wakil Yang Berhormat ADUN Bayu dan 9W2HLM Pak Halim, Naib Presiden II ASTRA.

9.20 mlm
Penyampaian sumbangan duit raya yang dikumpulkan daripada semua rakan2 radio yang hadir kepada penghuni Rumah Aman. Juga sumbangan daripada individu dan syarikat.

10.00 mlm
Bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Aman dan bersurai.

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA ......
=> ahli2 KARIB yang telah bertungkus lumus dari awal hingga akhir majlis. Yang memberi sumbangan berupa duit ringgit, idea, sokongan dan galakan. Moga Allah swt membalas jasa kalian.
=> rakan2 lokalan Sik, S.P, Kulim dan Penang yang meluangkan masa hadir ke majlis ini dan bersama-sama memberi sumbangan kepada penghuni.
=> individu dan syarikat yang memberi sumbangan majlis berbuka.
=> individu dan syarikat yang memberi sumbangan kepada penghuni.
=> wakil majlis tertinggi ASTRA
=> juga tidak dilupakan para XYL dan harmonic yang setia berkorban untuk hadir bersama rakan2 semua.....

*** sila klik untuk gambar kenangan

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home