Kelab ini ditubuhkan hasil daripada perbincangan beberapa orang rakan ham bersama rakan-rakan peminat 4 x 4 di kawasan Baling yang memikirkan bahawa perlu diwujudkan satu kelab untuk menyatukan kesemua rakan di bawah satu pengurusan yang efektif. Ramai rakan ham di Baling juga merupakan peminat aktif 4 x 4. Maka daripadanya lah wujud sebuah kelab secara rasmi pada tanggal 01-04-2008.
Diharapkan dengan tertubuhnya kelab, maka pelaksanaan aktiviti akan menjadi lebih tersusun dan mudah. Juga sebagai satu medan untuk rakan-rakan ham dan peminat 4x4 saling bertemu dan berinteraksi. Di samping itu, ia juga sebenarnya sebagai satu jalan untuk menjaga kebajikan dan hubungan silaturrahim di kalangan ahli.
Pada 09-02-2009, satu mesyuarat agung kelab telah diadakan dengan dihadiri seramai 38 orang ahli. Dengan rasminya kelab telah ditukarkan namanya kepada KELAB RADIO AMATUR DAN REKREASI BALING yang ringkasnya dikenali sebagai KARIB. Pada tarikh tersebut juga diperkenalkan logo kelab seperti yang tertera. Pihak pengurusan kelab sedang dalam proses mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendaftarkan kelab ini sebagai pertubuhan yang sah.
Frekuensi simplex yang digunakan ialah 145.225 MHz (V18) dan local repeater 146.8750 - 600 Tone 85.4. Mana-mana rakan yang melalui lokalan Baling bolehlah menggunakan kedua-dua jalur untuk QSO bersama rakan-rakan di Baling.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2011 / 2012
Selamat Menjalankan Tugas
Yang Di Pertua
2009/001; 9W2WRB - Pak Ngah Shukri
Naib Yang Di Pertua
2009/029; 9W2PLY- Zakaria Cha
Setiausaha
2009/003; 9W2HZT- Hamzah Mansor
Pen. Setiausaha
2010/085; 9W2TEB - Iszaiezham Ismail
Bendahari
2010/073; 9W2CRB- Rosli Shaari
Pen. Bendahari
2009/005 ; 9W2RJY- Yunus Hussain
Biro Teknikal Repeater
9W2WWP- Pak Su Sani / 9W2HME- Hilmi / 9W2RPD Rani / 9W2LBB- Rosli Husin
Biro Kebajikan
9W2GNY - Ustaz Ghani / 9W2WDB - Nor Azmi Ramli
Biro Siaraya
9W2ZDS- Ahmad Zahir / 9W2WKM- Syazwan Huzaimi
Biro Tugas-Tugas Khas
9W2CSP-Saipol Affandi / SWAL Mat Zuki / 9W2BLG-Afzal Naem / 9W2CDM-Din Mat Jusoh
0 comments:
Post a Comment