Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) telah diminta oleh pihak pengurusan Sek. Keb. Syed Sheikh, Kupang untuk membantu menjayakan satu acara sempena perkhemahan murid sekolah berkenaan. KARIB telah diminta memperkenalkan radio amatur kepada para murid, guru-guru dan masyarakat setempat di kawasan berkenaan.
Acara tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 04-10-2009
Hari : Rabu malam Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Sek. Keb. Syed Sheh, Kupang , Baling, Kedah.
Oleh yang demikian, dipohon kerjasama semua rakan2 KARIB dapat membantu menjayakan acara berkenaan. Rakan2 dari lokalan luar juga dijemput hadir meraikan majlis . Mohon juga kerjasama rakan2 yang boleh memancar ke local palong untuk standy di frekuensi dan QSO bersama dengan murid sekolah berkenaan.
Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB
Sunday, November 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment