Monday, April 30, 2012


Ahli-ahli KARIB,
Seluruh warga ham radio,

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI KELUARGA KARIB KALI KE 4 BERSAMA PENDUDUK MUKIM ULU BAKAI, BALING.
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, kelab ini telah bersetuju untuk mengadakan hari keluarga kali ke 4 seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 04 Mei 2012 hingga 05 Mei 2012
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Tempat : Lata bukit Hijau, Baling, Kedah.

3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak kelab dengan penuh rasa hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan-tuan seisi keluarga untuk hadir ke majlis berkenaan.

4. Besarlah harapan kami agar tuan-tuan dapat hadir dan memeriahkan majlis berkenaan. Kesudian dan kerjasama tuan-tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,
Setiausaha KARIB.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home