Saturday, November 14, 2009

PENGENALAN RADIO AMATUR DI SK PENGHULU ABU BAKAR, BONGOR

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) telah diminta oleh pihak pengurusan Sek. Keb. Penghulu Abu Bakar, Bongor, Baling untuk membantu menjayakan satu acara sempena perkhemahan perdana murid sekolah berkenaan. KARIB telah diminta memperkenalkan radio amatur kepada para murid, guru-guru dan masyarakat setempat di kawasan berkenaan. Acara tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 12-11-2009
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : 9.00 malam
Tempat : Sek. Keb. Penghulu Abu Bakar, Baling, Kedah.

Oleh yang demikian, dipohon kerjasama semua rakan2 KARIB dapat membantu menjayakan acara berkenaan. Rakan2 dari lokalan luar juga dijemput hadir meraikan majlis . Mohon juga kerjasama rakan2 yang boleh memancar ke local palong untuk standy di frekuensi dan QSO bersama dengan murid sekolah berkenaan.

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home