Wednesday, October 7, 2009

Senarai Repeater dan Simplek di Kelantan

Gua Musang
Repeater: 147.700 -600 tone:167.9
Simplex: V40

Lebuh raya Gua Musang - Kuala Krai :
Repeater: 146.900 -600 tone:167.9
Kuala Krai : V48 dan V32

Machang, Tanah Merah:
Repeater :9M4RTM (146.850 -650 Tone:167.9)
Simplex: V38

Jeli - Batu Melintang
Repeater : 9M4RTJ (146.950 -600 tone: 167.9)
Simplex: V38

Pasir Puteh
Repeater :Simplex: V30

Kota Bharu :
Repeter: 147.650 -600 tone:203.5
Simplex: V18

Lokal astra: 146.650 -600 tone: 85.4

Rantau Panjang :
simplex:V39

Bachok:
Repeter: 9M4CAB (147.725 -600 tone:233.6 )
Simplex : V22

Tumpat : V20

CARA MAKAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Thursday, October 1, 2009

MAJLIS EYEBALL RAYA 1430 H

Salam sejahtera ,
Satu majlis eyeball raya tahun 1430 H anjuran bersama Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) , Kelab Radio Amatur Sik ( SIAR ) dan Kelab Radio Amatur Sungai Petani ( SPham ) akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 03-10-2009
Hari : Sabtu
Masa : Bermula jam 12.00 tengahari hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan UMNO Kuala Ketil, Kedah.
Frekuensi yang digunakan : 145.225 MHz (V18) dan local repeater 146.875 - 600 Tone 85.4

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak penganjur dengan penuh hormat menjemput semua rakan-rakan radio amatur seisi keluarga di mana jua berada untuk menghadiri dan memeriahkan majlis berkenaan.

Rakan-rakan radio amatur dari lokalan Baling yang berhasrat untuk memberi sumbangan wang tunai untuk majlis berkenaan boleh menghubungi ( 9W2HZT, Cg Hamzah 019-4121424 ) dan( 9W2RJY, Yunus 019-65659922 ). Semoga sumbangan dan jasa bakti anda mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah swt.

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB