Saturday, January 30, 2010

AGM KARIB 2010

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) akan mengadakan mesyuarat agung tahunan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 05 Feb 2010
Hari : Jumaat
Masa : 6.00 petang - 10.00 malam
Tempat : Dewan UMNO Kuala Ketil, Kuala Ketil.

Tentatif
6.00 ptg - 7.00 mlm : eyeball
7.00 mlm - 8.30 mlm : solat maghrib dan jamuan
8.30 mlm - 10.00 mlm : mesyuarat

Sehubungan dengan itu, semua ahli kelab dijemput hadir ke mesyuarat berkenaan. Kerjasama dan tindakan ahli-ahli didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian untuk makluman.
Setiausaha KARIB

Tuesday, January 26, 2010

NOTIS PEMBERITAHUAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2010

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengiklankan Notis Peperiksaan Radio Amatur dan Kod Morse siri pertama 2010.

Tarikh Peperiksaan RAE : 14 April 2010
Tarikh Tutup Permohonan : 12 Februari 2010

Tarikh Peperiksaan Kod Morse : 17 Mac 2010
Tarikh Tutup Permohonan : 05 Februari 2010

Sehubungan dengan itu, kepada rakan2 yang berminat untuk menduduki ujian berkenaan, sila hubungi 9W2GKL , Sdr Fakarurazi.

1. Notis
2. Borang permohonan

Sekian untuk makluman.
Setiausaha KARIB