Saturday, August 14, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM RUMAH AMAN

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan miskin tahun 2010 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 27 Ogos 2010
Hari : Jumaat malam Sabtu
Tempat : Rumah Aman, Teluk Teduri, Baling, Kedah.

TENTATIF
5.00 pm = Pendaftaran
6.00 pm = Ucapan YDP KARIB
= Ucapan wakil lokalan2 sekitar
= Ucapan wakil Rumah Aman
= Sumbangan zakat dan wang hari raya
7.30 pm = Berbuka puasa.
8.30 pm = Bersurai

Sehubungan dengan itu, semua rakan ham yang berkelapangan di mana jua berada dijemput mengikuti dan memeriahkan majlis berkenaan. Anda boleh menghubungi 9W2WWP di talian 019-375 9081 untuk maklumat lanjut.

Sekian untuk makluman. Setiausaha KARIB.

Sunday, August 1, 2010

KEPUTUSAN RAE SIRI 2 / 2010 DAH KUAR ......

1. Tahniah kepada rakan2 di seluruh malaysia yg lulus.
2. Jangan kecewa dan cuba lagi kepada rakan2 yg gagal.

Semakan Keputusan Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2)

TERIMA KASIH SEMUA......

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan hari keluarga yang lalu. Terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang berusaha gigih, kepada individu yang memberi sumbangan, kepada rakan2 ham yang komited membantu, kepada isteri2 yang setia, kepada anak2 yang cukup gembira dan kepada pengunjung2 yang sudi hadir.

Mudah2an sokongan anda semua memberi semangat kepada kelab untuk terus menjayakan acara2 lain di masa mendatang.