Friday, June 22, 2012

Ahli-ahli KARIB,




Seluruh warga ham radio,









Tuan,









JEMPUTAN KE MAJLIS TAHLIL PERDANA KARIB

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.



2. Untuk makluman tuan, kelab ini telah bersetuju untuk mengadakan majlis tahlil perdana seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 28 Jun 2012

Hari : Khamis malam Jumaat

Tempat : Rumah Arwah 9W2RWT, Kg Bt 60 Weng, Baling, Kedah.



3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak kelab dengan penuh rasa hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan-tuan seisi keluarga untuk hadir ke majlis berkenaan.


4. Sekiranya ada ahli-ahli KARIB atau mana-mana individu yang ingin 'tumpang kenduri' boleh berbuat demikian. Sumbangan barangan atau wang boleh disalurkan melalui 9w2psd, Pak Su Det ( 019 423 3673 ) atau 9w2hzt, Hamzah ( 019 412 1424 ) atau boleh bank in terus ke akaun maybank KARIB 5020 4510 5787.
5. Besarlah harapan kami agar tuan-tuan dapat hadir dan memeriahkan majlis berkenaan. Kesudian dan kerjasama tuan-tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian, terima kasih.



Saya yang benar,

Setiausaha KARIB.