Saturday, February 27, 2010

LEBIH BAIK JANGAN ......

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh.
Nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.
Kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia.
Kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong.
Kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wednesday, February 17, 2010

PETUA DARI IMAM SYAFIE...

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI :- Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH :- Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatMalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA :- Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.
4. TIDUR SYAITAN :- Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Dipetik dari blog ZnL-Mlka

Thursday, February 11, 2010

TAHNIAH dan CUBA LAGI ................

Alhamdulillah, akhirnya apa yang dinanti selama ini sudahpun berakhir....

Saya bagi pihak kelab dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada rakan2 seluruh Malaysia yang telah pun lulus RAE siri 2/2009 yang lalu. Semoga menjadi perangsang untuk terus maju dan bergiat aktif dalam dunia radio amatur. Maka selepas ini akan ramai lagilah rakan2 akan berada di ruang udara.....

Tidak juga dilupakan kpd rakan2 yang kurang bernasib baik pada kali ini. Tahniah juga kepada anda kerana berani dan cekal meletakkan diri dalam dunia radio amatur. Jangan sesekali rasa kecewa dan putus asa kerana tidak berjaya di kali ini. Gagal pd kali ini bukanlah gagal, sebaliknya inilah penyuntik semangat utk terus berjaya....
Cuba dan cuba lagi......

Terima kasih. 73