Saturday, July 31, 2010

TAKZIAH UNTUK SWAL JABIR SERTA KELUARGA

Saya bagi pihak Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) menyampaikan salam takziah kepada SWAL Jabir serta keluarga atas kembalinya kerahmatullah anakanda tersayang SWAL Syahirah pada 30 hb Julai 2010.

Semoga anda sekeluarga menerima takdir ini dengan penuh kesabaran. Mudah2an roh allahyarhamah ditempatkan bersama-sama orang2 yang solehah.

Kepada rakan2 yang menerima berita ini, minta sedekahkan surah al-fatihah. Al-fatihah .........

Monday, July 26, 2010

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE 2010-3) DAN SIRI KEDUA UJIAN KOD MORSE (CW 2010-2) BAGI TAHUN 2010

SIRI KETIGA PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE 2010-3) DAN SIRI KEDUA UJIAN KOD MORSE (CW 2010-2) BAGI TAHUN 2010

Tarikh tutup permohonan RAE: 13 OGOS 2010
Tarikah peperiksaan RAE: 06 OKT 2010
Pusat Peperiksaan : Utara, Tengah

Tarikh tutup permohonan CW: 06 OGOS 2010
Tarikah peperiksaan RAE: 02 SEPT 2010
Pusat Peperiksaan : Cyberjaya


Klik kat sini > Notis Pemberitahuan RAE 2010-3
Borong Permohonan RAE
Borong Permohonan CW

Thursday, July 8, 2010

HARI KELUARGA KARIB

Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) akan menganjurkan majlis hari keluarga tahun 2010 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 30 hingga 31 Julai 2010
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : Sungai Angkat JPS, Kampung Iboi, Kupang, Baling, Kedah
Frekuensi simplek : 145.225
Pendaftaran : 3.30 petang 30hb Julai 2010
Bayaran : RM 10.00 individu, RM 20.00 berkeluarga.

Tentatif 30 Julai
pendaftaran
minum petang
urus diri
makan malam
tahlil
eyeball
persembahan
minum malam
lelapkan mata

Tentatif hari 31 Julai
sarapan pagi
acara bebas
makan tengahari
sukaneka
minum petang
bersurai


Sehubungan dengan itu, semua rakan ham yang berkelapangan di mana jua berada dijemput mengikuti dan memeriahkan majlis berkenaan. Sila hubungi 9W2WWP di talian 019-375 9081 atau 9W2LBB 019-521 1461 untuk maklumat lanjut.

Sekian untuk makluman.
Setiausaha KARIB.