Wednesday, January 18, 2012

Notis Mesyuarat Agung Kali ke 4

Semua ahli,
KELAB RADIO AMATUR DAN REKREASI BALING ( KARIB ),

Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG KALI KE 4

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak kelab menjemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat berkenaan seperti ketatapan berikut :-

Tarikh : 02 Februari 2012
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Restoran Nasi Kukus, Pekan Kupang

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :-
3.1 Perlantikan pengerusi mesyuarat
3.2 Ucapan Yang Dipertua KARIB
3.3 Membentang laporan aktiviti tahunan dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Kali ke 3
3.4 Perkara berbangkit
3.5 Membentang dan mengesahkan penyata kewangan
3.6 Mengemuka dan membahaskan usul
3.7 Ucapan penangguhan

4. Semoga kehadiran tuan/puan akan mendatangkan manfaat yang besar kepada kelab. Kerjasama dan tindakan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.