Wednesday, September 16, 2009

PEPERIKSAAN RAE 2/2009

Salam sejahtera ,

Pengumuman ini ditujukan kepada semua ahli-ahli Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) dan semua pelawat di blog ini. Pihak berkuasa SKMM telah mengeluarkan notis peperiksaan RAE siri 2/2009 seperti ketetapan berikut :-
Tarikh peperiksaan : 16-12-2009
Hari : Rabu
Tarikh tutup permohonan : 16-10-2009

Oleh yang demikian, ahli-ahli kelab yang berhasrat menduduki pepriksaan berkenaan supaya menghubungi 9W2GKL Gee selaku Biro Pelesenan dan SWAL di talian 013- 4675181 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB

*** Klik link dibawah utk melihat notis RAE 2/2009 dan Borang Permohonan RAE 2/2009 http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNEw/CCD09/RAE0209_BM.pdf
http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNEw/CCD09/RAE2009-2_Edaran.pdf

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK2 YATIM BALING

Salam sejahtera ,

Satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Teluk Teduri, Baling akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 10-09-2009
Hari : Khamis malam Jumaat
Masa : Bermula jam 6.00 ptg
Tempat : Rumah Anak-Anak Yatim Teluk Teduri, Baling

Sehubungan dengan itu, jika ada mana-mana pihak yang berhajat memberi sumbangan untuk majlis jamuan berbuka tersebut bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi ( 9W2HZT, Cg Hamzah 019-4121424 ), ( 9W2GKL, Gee 013- 4675181 ), ( 9W2CSP, Cipon 019-4545848 ), ( 9W2RJY, Yunus 019-65659922 dan ( SWAL Johari Hamid 019-5701080).
Semoga sumbangan dan jasa bakti anda mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah swt.

Saya bagi pihak kelab dengan ini menjemput rakan2 yang berkelapangan untuk hadir meraikan majlis berbuka tersebut.

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB


AL-KISAH DI HARI KEJADIAN (10 SEPT 2009 )
4.20 petang
Sudah ada rakan yang tiba di rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin (Rumah Aman) , Teluk Teduri, Baling . Antara yang tiba awal, 9W2BLG Afzal Naem bersama SWAL Hafizul, SWAL Hafiz dan 9W2HME Hilmi. Rupa-rupanya mereka dapat tugasan tambahan. Hilmi dengan bermurah hati menderma 3 tan batu jalan untuk segera di buat tapak parking bagi memudahkan rakan-rakan parking keta bila bermulanya acara. Sayangnya jentera back hoe tak dapat digunakan, maka rakan-rakan berempat inilah yang jadi " back hoe ". Rupanya masa penulis sampai sekitar jam 5.15 ptg, kerja2 meratakan batu belum selesai. Berbekalkan 3 batang cangkul dan 2 paddle skop akhirnya siap juga...... jam 6.25 ptg

7.00 petang
Sudah ramai rakan yang tiba. Dimulai dengan tahlil oleh 9W2GNY Uz. Ghani. Kemudian berbuka puasa.

8.15 mlm
Acara di dewan bermula. Ucapan daripada wakil2 lokalan ( Sik, Sungai Petani, Pulau Pinang, Kulim, Baling ). Diikuti ucapan wakil Yang Berhormat ADUN Bayu dan 9W2HLM Pak Halim, Naib Presiden II ASTRA.

9.20 mlm
Penyampaian sumbangan duit raya yang dikumpulkan daripada semua rakan2 radio yang hadir kepada penghuni Rumah Aman. Juga sumbangan daripada individu dan syarikat.

10.00 mlm
Bergambar kenangan bersama penghuni Rumah Aman dan bersurai.

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA ......
=> ahli2 KARIB yang telah bertungkus lumus dari awal hingga akhir majlis. Yang memberi sumbangan berupa duit ringgit, idea, sokongan dan galakan. Moga Allah swt membalas jasa kalian.
=> rakan2 lokalan Sik, S.P, Kulim dan Penang yang meluangkan masa hadir ke majlis ini dan bersama-sama memberi sumbangan kepada penghuni.
=> individu dan syarikat yang memberi sumbangan majlis berbuka.
=> individu dan syarikat yang memberi sumbangan kepada penghuni.
=> wakil majlis tertinggi ASTRA
=> juga tidak dilupakan para XYL dan harmonic yang setia berkorban untuk hadir bersama rakan2 semua.....

*** sila klik untuk gambar kenangan

Sunday, September 6, 2009

BUANG YANG SALAH AMBIL YANG BETUL

Memandangkan terdapat rakan-rakan yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut >>Lima LimaLand Line atau Line Location(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx )

Loceng Terbang atau lebih baik dipanggil Handphone. >>Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx, 014 xxxxxxx )

Cheerio (Latin) >> Selamat Tinggal / Bye Byehttp://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American) >> Kenderaan bukan disebut sebagai Canopyhttp://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundamental >> - Tempat kelahiran / ibubapa
Harmonic >> - Anak-anak
XYL >> - Isteri
SIGN OFF >> - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar jalur
Salt Mine >> - bukannya Dot My atau Lombong Garam - untuk sebutan Tempat kerja
Rubber Duckie >> -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)
73 >> - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut sebagai"Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Table >> (Lebih tepat daripada menggunakan Tango Tango)Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

"Aaa Macam tu" >> - sebutan ini perlu dielakkan
Nama Tempat >> Gunakan sebutan biasa untuk tempat tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Bravo untuk nama tempat Kota Bharu.

Penggunaan istilah 'Portable' / 'Base' / 'Mobile' >> Perlu dipastikan bahawa istilah 'Base' dinyatakan bilamana kita memancar di alamat yang tertera pada AA sama ada menggunakan 'Rig Handy ' atau 'Mobile Rig'. Istilah 'Portable' boleh digunakan bilamana kita memancar di luar dari alamat pada AA. Jika kita berMobile dan menggunakan 'Rig Handy' sekalipun - disebut juga sebagai 'Mobile' dan apakala kita berhenti dalam masa yang lama - disebut sebagai 'Portable'. (Rujuk Guideline For Amateur Radio In Malaysia - MCMC)

QSY >> - disebut bilamana untuk berubah Frekuensi dan berbeza denganQRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat

QRX dan QRT >> - perlu diperhatikan penggunaan pada situasi yang betul.QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.

PTT >> - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)Nota:Jangan menggunakan sebutan (contoh ayat yang selalu digunakan) "saya capai PTT dan terus bercakap" atau "Agaknya dia tertelan PTT kut". Bagi penggunaan ayat di atas yang tepat ialah penggunaan perkataan mikrofon. PTT ditekan mikrofon dipegang / digenggam.

Thursday, September 3, 2009

BIODATA RASULULLAH

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya


USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah)

Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib


USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah


USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu .

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham


USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut


USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman


USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq . Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M


USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ‘; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1 Qasim
2 Abdullah
3 Ibrahim
4 Zainab
5 Ruqaiyah
6 Ummi Kalthum
7 Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)


IBU SUSUAN / SAUDARA SUSUAN

1 Thuwaibah 1 Hamzah
2 Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1 Halimah Al-Saidiyyah 1 Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2 Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3 Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4 ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RA SU LULLAH SAW (Anak-Anak Kepada Abdul Muttalib)
1 Al-Harith
2 Muqawwam
3 Zubair
4 Hamzah ***
5 Al-Abbas ***
6 Abu Talib
7 Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8 Abdul Ka ' bah
9 Hijl
10 Dhirar
11 Umaimah
12 Al-Bidha (Ummu Hakim)
13 Atiqah ##
14 Arwa ##
15 Umaimah
16 Barrah
17 Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

MESYUARAT AHLI KARIB DAN MAJLIS EYEBALL

Salam sejahtera ,

Satu mesyuarat dan eyeball ahli-ahli Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Baling ( KARIB ) akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 05-09-2009
Hari : Sabtu malam Ahad
Jam : 10.15 malam
Tempat : Kedai makan Nizam ( Belakang stesyen bas Baling )
Isu perbincangan : Frekuensi local repeater, cadangan majlis berbuka puasa dan eyeball, hal-hal lain.

Semua ahli-ahli kelab diwajibkan hadir. Rakan2 dari lokalan luar yang berkelapangan dijemput hadir meraikan majlis. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 9W2HZT di talian 019-4121424.

Sekian, untuk makluman. Setiausaha KARIB

MAJLIS EYEBALL DAN BERBUKA PUASA ASTRA PENANG

Salam sejahtera ,

Satu majlis berbuka puasa dan eyeball rakan2 ham anjuran ASTRA Pulau Pinang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 04-09-2009
Hari : Jumaat malam Sabtu
Tempat : Restoran Terapung Juru

Semua rakan2 yang berkelapangan dijemput hadir meraikan majlis. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 9W2MSD di talian 019-5175176( Pak Din Tasik ).

Sekian, untuk makluman.
Setiausaha KARIB